Monday, August 31, 2009

DARI MATA KE HATI

SINOPSIS :-

Dia pernah jatuh cinta, malangnya cinta itu hanya kasih bersaudara. Ditutup pintu hati untuk insan yang bernama lelaki. Bukan dia berputus asa dan bukan jua ingin menolak takdir daripada Ilahi. Tetapi yang paling ditakuti adalah rasa kecewa.





Namun, pintu hatinya diketuk jua tatkala jejaka bernama Ghazi Harith Idhar, mengetarkan jiwanya. Sikap ambil berat dan huluran cinta yang benar-benar ikhlas membuai perasaan Zureen sehingga mereka membawa langkah ke jenjang pelamin.





Kasih itu teruji lagi bilamana suami yang dikasihi tidak hadir di hari persandingan. Lelaki itu juga terus hilang daripada pandangan mata. Bagaikan hilang sebahagian nyawanya, Zureen keresahan dan sinaran hidupnya sudah tidak berseri lagi. Akhirnya, di mahkamah jua mereka bertemu.





Tapi… mengapakah lelaki itu langsung tidak mengenalinya? Benarkah lelaki itu tidak mencintainya lagi?

2 comments:

  1. Salam sejahtera Puan Syima,

    Saya ingin tahu serba sedikit tentang kejayaan penerbitan karya-karya Puan Syima.

    1. Harganya amat murah. Berapakah tebal novel-novel karya puan seperti dpromosikan dalam blog ?
    2. Adakah kesemua novel-novel itu dijual di kedai-kedai buku kini ? Atau hanya boleh dipesan menerusi internet sahaja ?
    3. Syarikat penerbitan apakah yang menerbitkan novel-novel puan ?
    4. Berapakah kuantiti minimum yang disyaratkan oleh syarikat percetakan bagi membolehkan sesebuah novel baharu dapat diterimacetak ?
    5. Untuk makluman Puan Syima, saya sedang menggarap novel remaja. Namun masih terawang-awang arah pemasarannya jika siap kelak....Hmm.

    Sekian. Besarlah harapan saya agar pertanyaan-pertanyaan saya mendapat perhatian puan.

    Terima kasih.
    (dzarskamal@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. salam kamal,
    1. Harganya amat murah. Berapakah tebal novel-novel karya puan seperti dpromosikan dalam blog ?

    - kalau awal remaja mesti hantar dalam 65 hingga 95 muka surat A4 paper selang 1.5 baris. kalau novel dewasa seperti DARI MATA KE HATI tu minimum 350 muka surat A4 paper selang dua baris.

    2. Adakah kesemua novel-novel itu dijual di kedai-kedai buku kini ? Atau hanya boleh dipesan menerusi internet sahaja ?
    - Memang ada di kedai-kedai buku terutama MPH dan Popular. Jika nak order pakai internetpun boleh juga layarilah laman web syarikat penerbitan Fajar pakeer atau utk novel awal remaja karnadya.

    3. Syarikat penerbitan apakah yang menerbitkan novel-novel puan ?
    - Awal Remaja - KarnaDya Solution S/B
    - Dewasa - Fajar Pakeer S/B

    4. Berapakah kuantiti minimum yang disyaratkan oleh syarikat percetakan bagi membolehkan sesebuah novel baharu dapat diterimacetak ?
    - Awal Remaja - 65 ~ 95 muka surat A4 paper selang 1.5 baris.
    - Dewasa - minimum 350 muka surat A4 Paper selang dua baris.

    5. Untuk makluman Puan Syima, saya sedang menggarap novel remaja. Namun masih terawang-awang arah pemasarannya jika siap kelak....Hmm.
    - boleh aje teruskan niat anda tu. Banyak syarikat yang sudah mula terbitkan novel awal remaja atau remaja ini contohnya Buku Prima, Jemari Seni, KarnaDya dan PTS... asal jalan ceritanya bagus okey aje...

    Diharap penerangan di atas dapatlah sedikit info utk Kamal teruskan menulis ya....

    ReplyDelete