Wednesday, March 24, 2010

NOVEL DWILOGI


Ini novel gabungan aku dengan Ezi Afiza salah seorang penulis berbakat. Sinopsis akan diletak kemudian.

Tuesday, March 2, 2010

NOVEL TERBARU!!!!



Sinopsis :

“Dengan binatang ni pun kamu takut? Ini cuma ulat gonggok, dia tak gigit pun,” ujar Pak Uteh Meon sambil menggeleng. Daiyan hanya tersenyum malu.
“Dia tu mamat lembik, mana boleh jadi mamat kental,” sindir Suri pula.

“Abang bukan lembik, tapi berjiwa halus,” balas Daiyan.

“Kiranya abang ni penakutlah?” duga Suri lagi.

“Abang bukan penakut, tetapi abang mengalah.”

“Ah, abang ni, ada saja alasan!”

Benarkah Daiyan sebegitu, bukan penakut tetapi sering mengalah walaupun dibuli? Sering digelar penakut dan lembik seperti perempuan walaupun tubuhnya agak besar.

Mengapa semua ini terjadi? Bacalah kisah seterusnya...

Monday, August 31, 2009

DARI MATA KE HATI

SINOPSIS :-

Dia pernah jatuh cinta, malangnya cinta itu hanya kasih bersaudara. Ditutup pintu hati untuk insan yang bernama lelaki. Bukan dia berputus asa dan bukan jua ingin menolak takdir daripada Ilahi. Tetapi yang paling ditakuti adalah rasa kecewa.





Namun, pintu hatinya diketuk jua tatkala jejaka bernama Ghazi Harith Idhar, mengetarkan jiwanya. Sikap ambil berat dan huluran cinta yang benar-benar ikhlas membuai perasaan Zureen sehingga mereka membawa langkah ke jenjang pelamin.





Kasih itu teruji lagi bilamana suami yang dikasihi tidak hadir di hari persandingan. Lelaki itu juga terus hilang daripada pandangan mata. Bagaikan hilang sebahagian nyawanya, Zureen keresahan dan sinaran hidupnya sudah tidak berseri lagi. Akhirnya, di mahkamah jua mereka bertemu.





Tapi… mengapakah lelaki itu langsung tidak mengenalinya? Benarkah lelaki itu tidak mencintainya lagi?

PETAI OH PETAI

Sinopsis:
Adela Radiah benci dengan pekerjaan baharu ayahnya. Dia tidak suka kerana ayahnya tidak seperti ayah rakan-rakan baiknya. Rata-rata ayah mereka semua berjawatan tinggi.

Dia malu sebenarnya, jika rakan-rakannya tahu pekerjaan ayahnya yang sebenar. Terpaksalah dia berlagak seperti anak orang kaya. Apatah lagi dengan kehadiran seorang pelajar baharu kacukan Melayu-Inggeris yang bernama Ridz Haider.
Perangainya semakin menjadi-jadi apabila dia mula rapat dengan Ridz Haider. Dia sanggup buat apa saja asalkan kemahuannya dipenuhi.


Apakah pekerjaan ayahnya sehingga mengundang rasa malu pada diri Adela Radiah? Adakah dia akan berubah dan menerima kehidupan keluarganya dengan hati terbuka? Dan adakah pelajar baharu yang bernama Ridz Haider itu sangat sempurna orangnya? Ikutilah kisah selanjutnya di dalam novel ini… selamat membaca!

Harga: RM 10.90

DIARI LENG CHAI


Sinopsis:
Leng Chai, seorang remaja berusia 10 tahun, jarang bertutur dalam bahasa Melayu. Dia juga tidak mempunyai kawan Melayu. Ini kerana, dia hidup di taman perumahan yang dihuni oleh masyarakat Cina.

Tetapi cara hidupnya berubah apabila dia terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke sebuah perkampungan Melayu yang terletak di satu daerah di negeri Kelantan, setelah papanya, Song Jung Meng diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

Pelbagai peristiwa lucu terjadi ketika dia baru berpindah di situ. Daripada seorang yang tidak pandai bertutur dalam loghat Kelantan, akhirnya berjaya juga memahaminya. Tapi siapakah yang mengajarnya? Siapakah pelajar yang bernama Syazrah yang sering diekori Leng Chai? Ikutilah kisah selanjutnya…

Harga: RM 11.90

JANJI SI DEBAB


Sinopsis:
Farah Adibah– bertubuh gemuk, sering tidak disenangi oleh rakan-rakan sekolahnya terutama ketua pengawas yang berwajah kacak, bernama Faiyat.

Pelbagai peristiwa terpaksa Farah Adibah tempuhi dengan ketabahan yang masih berbaki. Namun semangat yang diberi oleh keluarga dan sahabat baiknya Norhidayah telah menjadikan dia seorang yang tabah.

Faiyat– sering menghina dan mencaci, sering tunjuk lagak tak ubah seperti adat gajah terdorong (orang yang berkuasa kerap menyalahgunakan kuasanya.) Tapi di sebalik kebenciannya itu, tiada siapa yang tahu ada rahsia yang disemat rapi.

Apakah rahsia itu?

Dahulu ‘Debab’ sering dibuli, Kini disanjung sepenuh hati, Budi tidak boleh dijual beli, Akan dikenang sehingga ke mati.
Ikutilah kisah selanjutnya, semoga anda semua terhibur …

Harga: RM10.90

AZAM SOFEA


Sinopsis:
Syarifah Aina Sofea seorang remaja yang berperwatakan lelaki. Perangainya agak kasar dan brutal. Dia juga lebih senang dipanggil dengan nama ‘Sof’ sahaja.

Dia akan mengenakan orang yang sering mendatangkan masalah kepadanya, dia langsung tidak peduli apa yang orang lain rasa. Yang penting, hatinya puas!
Hidupnya tercabar bila berada di sebuah sekolah berasrama penuh. Di sinilah kehidupan yang selama ini tidak pernah terfikir olehnya terpaksa dia tempuhi.

Adakah dia akan berubah daripada sifat asalnya? Apakah cabaran yang perlu dia hadapi seorang diri? Ikutilah kisah selanjutnya dalam novel ini, yang baik dijadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan…

Harga: RM 10.90